Kepada adik2 yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR,PMR,SPM pada tahun ini,di sini terdapat beberapa tips yang akak blh kongsikan secara bersama2:
1.ubah cara berfikir
-seandainya anda berfikir anda tidak dapat menguasai sesuatu subjek,seperti sejarah,maka ubah cara pemikiran anda,ubah fikiran yang mengatakan "sejarah ini seronok lah,kalau kita tak belajar sejarah,,mcm mana kita nk tahu asal usul nenek moyang kita.atau pon subjek matematik,"bosan la tengok angka dgn nombor je,cuba fikir bahawa " eh satu hari nanti aku nk jadi businessman,aku kne mahir maths supaya x kena tipu dengan orang lain.so secara automatik anda akan berasa seronok untuk belajar dengan berfikir satu masa nanti ilmu ini akan sgt berguna untuk anda.
2.ubah cara cakap
-seandainya anda selama ini kasar bahasa dengan guru2 mahupun ibubapa anda,maka ubahlah cara anda bercakap supaya mereka yang selama ini sentiasa berkorban untuk anda,akan sentiasa mengucapkan atau doakan kejayaan anda,ingat doa ibu itu sentiasa dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
3.ubah perasaan
-kalau anda perhatikan ,ramai dikalangan kakak2 atau abang2 di luar sana kini telah berjaya,mampu pakai kereta besar,duduk rumah besar,kerja dan gaji yang besar,itu semua mereka mampu sebab 10 tahun yang dahulu mereka usaha sungguh2 untuk belajar & dapat keputusan cemerlang seperti adik2 sekalian.
4.ubah cara belajar
-bab yang ni paling best,akak akan terangkan sedikit2 dahulu,antara yang paling best,cuba belajar secara berkumpulan,sbb cara ni paling senang utk adik2 lbh faham kepada sesuatu subjek,kalau adik pandai dlm subjek maths,so blh la ajar kawan2 yg lemah maths,lau adik pulak yg lemah dlm subjek bahasa Inggeris,so mtk la kwn2 yang expert BI ajar kepada adik,jgn risau ilmu takkan hilang pon lau adik ajar kawan2,malah lebih bertambah lagi,Allah suka kepada hambanya yang tidak kedekut ilmu.yang lain nanti akak akan share kan pada lain kali nya.
Nantikan tips2 yang lain.....
.jpg)

.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan