Khamis, 6 Jun 2013

Kerja Sambil Belajar.... Susah sangat ke???

Ini coretanku sepanjang bergelar pelajar STPM.

Setelah aku mendapat keputusan SPM,aku memilih untuk tidak menyambung diploma di universiti tempatan ataupun kolej,kerana aku tahu ianya diluar kemampuan keluarga kami.Aku berazam untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 di salah sebuah sekolah di Johor Bahru.Aku dirahkan oleh sekolah lama untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 dalam aliran sastera,tetapi atas nasihat guru sekolah itu yang mengatakan: Tidak ramai pelajar melayu yang lulus dalam aliran sains melainkan yang betul2 fokus sahaja,mengenangkan aku pun tidak minat dalam aliran sains lagi,aku berhasrat untuk menukar aliran sastera.Maka aku perlu bermula dari bawah belajar subjek yang sangat lain dari bidang aku,terutamanya subjek Ekonomi.....Alhamdulilah dari situ aku tukar cara belajar aku,kalau dulu di peringkat ting.4 dan ting.5,aku lebih fokus dlm aktiviti luar terutamanya sebab aku ni Ketua Pengawas( itu yg dapat 4A je ).so aku study smart,not study hard,pandaikan......sebab aku perlu bekerja pada waktu malam......aku kerja di KFC Tampoi Utama sebagai cashier sehingga la tahun kedua aku di tingkatan 6.





so ini adalah tips kepada pelajar yang sambil belajar dan sambil bekerja,mmg penat sgt tau....

1) Sebelum pegi sekolah,cium tangan mak,mintak restu & keberkatan dia,sbb walau mcm mana kita study hard skalipon,tp ilmu mak bapak x berkat kan,mmg payah nk masuk dlm otak ni.
2) Mintak doa ibu,sbb doa ibu yang paling mujarab dan sangat mudah diberkati oleh Allah.
3) dalam kelas,kne fokus betul2,kne amik point2 yang penting,dan kne faham sebijik2 yang cikgu terangkan,sbb kalau faham,anda blh terangkan dalam ayat anda sendiri tanpa perlu hafal sebiki2 ayat dalam buku teks.
4) Bykkan buat latihan terutamanya bab kira2,contoh subjek ekonomi.

Ini je 4 perkara yg aku amalkan sepanjang bergelar pelajar STPM,Alhamduliah,walaupun pagi pergi belajar,mlm plak part time di KFC ,tp syukur dgn izin Allah serta doa ibu bapa,aku berjaya lulus cemerlang berbanding pelajar yg lain.

Bekerja sambil belajar,tidak bermakna anda hilang fokus dlm pelajaran....
Aku dah buktikannya....dengan result STPM ni la aku berjaya lanjut pelajaran ijazah dalam bidang Human Resource di UTM Skudai,Alhamdulilah.....